Wednesday, February 27, 2008

Magnet Wang

Apabila kita berbicara pasal wang, ramai yang buka mata dengan isu ini. Seringkali kedengaran orang memperkatakan bagaimana untuk menambahkan pendapatan, maka kedengaranlah cakap- cakap si anu tu kaya dah sekarang sejak masuk MLM, saham internet, main forex dan tidak kurang juga yang melabur dalam unit amanah, bursa saham dan segala macam perniagaan.Motif utama adalah untuk menambahkan simpanan wang anda. Tidak kira apa jua yang anda lakukan untuk ke arah itu, ketahuilah bahawa "WANG UMPAMA MAGNET" kepada anda, wang harus tertarik dan melekat pada anda, tetapi sebelum itu ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.Antaranya ialah :-

  • Beri Penghargaan Kepada Wang

Syukuri lah setiap sen yang mengalir ke saku anda, selagi anda mensyukuri sebanyak mana pun wang yang datang waima banyak @ sedikit, ianya perlu dihargai. Jangan mengeluh atas setiap sen yang anda perolehi kerana masih ramai yang kesempitan wang berbanding diri anda.

  • Beri Ruang Untuk Peluang Kekayaan

Tanamkan dalam diri anda untuk sentiasa memberi @ mencari peluang- peluang yang boleh menjana sumber kewangan anda. Suburkan semangat sentiasa dahaga peluang kekayaan kerana orang yang sentiasa berasa takut, malas dan tidak yakin akan menantiasa menutup peluang mereka untuk melihat potensi peluang yang besar di sekeliling anda.

  • Selami Persona Menjadi Jutawan

Bunyinya agak sinis kedengaran di telinga tetapi hakikatnya ramai yang menjadi jutawan bermula dengan angan- angan. Impian menjadi jutawan memercu diri anda ke arah matlamat yang ingin dicapai. Selami persona menjadi seorang jutawan, bebas dari belenggu masalah kewangan. Impian pasti mengerakkan diri anda untuk bertindak ke arah apa yang diimpikan.

Thursday, February 14, 2008

Rahmat Allah

" Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia maka tidak ada sesuatu pun yang dapat menahannya, dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan ingatlah Dialah sahaja yang maha kuasa lagi maha bijaksana . (Surah Fatir: 2)

Tips Tudung Bawal

Tudung bawal sangat sensetif , tetapi ianya tahan lasak jika kena caranya . Teksturnya jarang dan nipis memerlukan penjagaan supaya tahan lama, berikut adalah caranya:-
  1. Kerongsang yang digunakan mestilah mempunyai pin yang tajam dan kekunci yang kukuh agar tidak mudah jatuh.
  2. Jangan sesekali mencuci tudung bawal dengan mesin basuh,ini bagi mengelakkan batu- batu berlian dari berguguran dan tesktur fabriknya menjadi tidak cantik.
  3. Cuci lah dengan menggunakan air yang dicampurkan sedikit serbuk pencuci, rendam sekejap dan bolehlah terus dibilas.
  4. Untuk mengeringkannya, tidak perlu dijemur di bawah panahan matahari yang terik bagi mengelakkan ianya cepat luntur.
  5. Untuk tudung bawal yang berlabuci, boleh lah gunakan kain lain sebagai lapik di atasnya semasa anda menggosok atau gosok dar bahagian belakang.
  6. Ketika menggosok gunakanlah seterika pada suhu yang sederhana, jangan terlalu panas.

Wednesday, February 13, 2008

Makanan Baik, Jiwa Baik

Makanan yang bersih, halal dan baik akan menumbuhkan jiwa manusia yang baik juga. Sebaliknya makanan yang kurang terjaga kebersihan dan halal haramnya akan menyebabkan jiwa yang lemah dan menjejaskan mental seseorang.

Dalam aspek kebersihan: Rasullah mengarahkan agar makanan tidak didedahkan begitu sahaja kerana itu akan memberikan kesan pada makanan itu. Baginda bersabda yang bermaksud:

"Hendaklah kamu menutup sebarang bejana (bekas) kerana ada satu malam dalam setahun, Tuhan turunkan bala. Mana-mana bejana yang tidak tertutup, maka bala itu hinggap padanya." (Riwayat Muslin dan Ahamd)

Tips Memilih Tudung

Wanita bertudung dewasa kini lebih berani dalam memilih jenis tudung dan aneka fabrik yang bersesuaian untuk digayakan dalam apa juga acara seharian, sama ada majlis rasmi, minum petang, makan malam atau sekadar bersiar- siar. Kini terdapat pelbagai koleksi dan fesyen tudung yang menjadi ikutan penggemar fesyen bertudung di pasaran. Tetapi tahukan anda disebalik fabrik yang dipilih terdapat beberapa tip-tip yang boleh dipertimbangkan dalam memilih jenis tudung. Antaranya :-
  1. Carilah tudung dari jenis kain yang mudah dibentuk seperti kain kapas atau bawal.
  2. Penggemar tudung kontemporari, pilihlah fabrik organza untuk lapisan luar bagi menggayakan fesyen tudung Waheeda.
  3. Sesekali pilihlah tudung berbunga besar,dipadankan dengan baju kurung atau kebaya yang bewarna garang atau polos.
  4. Elakkan dari memakai tudung yang sedondon dengan warna baju.
  5. Pilih la tudung bewarna cerah misalnya merah jambu, biru muda dan kuning. Warna ini akan menampakkan anda seorang yang ceria dan berkeyakinan.
  6. Elakkan memakai tudung bewarna kusam kerana ia menampakkan anda sangat berusia.

Tip aksesori

Bagi mengekalkan kecantikan kristal dan batu galian, amalkan dengan merendam dalam air mineral.Boleh jugak diembunkan pada awal pagi atau meletakkan di dalam peti sejuk. Ada juga yang berpendapat,memakainya sentiasa turut dapat menjaga kecantikan batu ini secara semulajadi.

Tuesday, February 12, 2008

Emosi Jahat

10 Terapi untuk menghindari "Emosi Jahat"
  1. Senyum - Walaupun sedang marah, tetapi cuba ukir senyuman. Pasti emosi yang berbuku dalam hati pecah.
  2. Kemaskan rumah - Dengan membersih halaman dan persekitaran rumah dapat meredakan emosi yang kacau.
  3. Pakai Baju Biru - Warna biri akan mengecutkan semua yang membara.
  4. Hidu Lemon - Bau lemon akan merangsang deria anda, membangkitkan semangat dan kembali aktif.
  5. Belai Haiwan - Membela kucing umpamanya dapat melegakan tekanan yang membelenggu diri.
  6. Muzik - Mendengar muzik yang lembut, jiwa akan tersentuh dengan alunan lemah gemalai.
  7. Alunan Al-Quran - Mendengar alunan ayat suci akan beroleh pahala, apatah lagi membacanya hati akan menjadi tenteram
  8. Zikir- Berzikir la di mana sahaja anda berada, jadikan zikir sebagai makanan jiwa.
  9. Wuduk-Sentiasalah dalam keadaan berwuduk, sebagai tanda kita bersih selalu.
  10. Solat- Tidak kira wajib atau sunat, amalan solat adalah terapi paling mujarab dalam melegakan emosi jahat.

Fakir @ Kaya

"Apabila engkau menjadi Orang Fakir, maka ilmu itulah hartamu, akan tetapi kalau engkau KAYA, ilmu itu menjadi perhiasanmu"

Rambut Bersinar Cantik

Tahukah anda pati buah- buahan yang terdapat dalam jus Sunquick boleh membantu menyinarkan rambut dan menghilangkan masalah keguguran rambut. Petuanya amat mudah. Sapukan pati pada rambut secara keseluruhan dan biarkan selama beberapa minit. Amalkan petua ini untuk beberapa minggu. Hasilnya rambut akan menjadi bersinar dan mengurangkan keguguran.

Saturday, February 9, 2008

KOLEKSI MUSLIMAH



Code: MSL001

Rekaan ini amat sesuai bagi mereka yang inginkan blouse labuh dan menutupi paras punggung.
Walau pun ianya labuh, namun rekaan yang kami tampilkan cukup menawan.


Code: MSL002
Blouse ini nampak manis dipakai kerana warna nya lembut, ditambah pula dengan hiasan bermotifkan floral cukup menawan kalbu.Diperbuat daripada bahan ciffon yang sungguh lembut, walaupun ianya agak tipis tetapi mempuanyai lining di dalam. Jadi si pemakai tidak berasa kurang selesa.





Code:MSL003