Sempena tahun 2008, syarikat kami menampilkan koleksi fesyen terkini "Baby Doll". Pilihan fabrik yang bermutu dengan warna-warna yang cukup menawan dan motif yang berbeza- beza. Fesyen ini sesuai digayakan oleh remaja malah bagi mereka yang mementingkan gaya santai dan bersahaja. Pilihan fabrik adalah daripada jenis cotton dan ciffon. Ianya amat nyaman dipakai kerana teksturnya yang lembut dan menyerap peluh.


Dengan kemunculan siri drama televisyen, pelakon ada yang memakai baju rekaan seperti ini, membuatkan fesyen ini mendapat permintaan yang cukup memberangsangkan. Tambahan pula dengan padanan warna- warna yang cukup menarik membuatkan ianya cukup diminati.
